Sunday, November 18, 2018

BBM 3410: TAJUK BEBAS (ERTI KAWAN SEBENAR)

Saya ada rakan karib iaitu Amira Abriza dengan Nuremalia Fouad namanya.. mereka berdua ni sangat baik.. mereka ada tiap kali saya susah mahupun senang..

dulu masa mula - mula saya sudah daftar masuk ke upm ini saya hampir rasa putus asa sehingga ada terdetik untuk berhenti belajar kerana memikirkan ayah saya bersendirian di kampung.. tetapi kerana nasihat dan sokongan moral yang diberikan oleh mereka berdua saya terus kuat dan tabah sehingga sekarang..

dan sebab itu juga saya memang tidak terkira untuk memebrika apa - apa pertolongan kepada mereka berdua walaupun saya ada kerja lain yang hendak diuruskan tapi saya utamakan untuk membantu mereka.. mereka berdualah yang selalu tumpangkan saya naik kereta mereka untuk ke kelas jika kereta saya tiada, dan mereka juga yang jemput saya di KTM jika saya baru pulang dari kampung.. tapi tiap kali jika saya balik dari kampung dan hendak pulang ke upm semula saya mesti akan bekalkan lauk masakkan negeri sembilan untuk mereka berdua kerana itu lauk kegemaran mereka berdua.. dan bila cuti pula saya ajak mereka balik ke rumah saya untuk menikmati suasana kampung.. ya... maklum sajalah mereka ini orang bandar dan saya pula orang kampung, jadi suasananya agak berbeza.. tetapi saya betul - betul kagum dengan ibu bapa mereka yang mengajar erti persahabatan yang baik.. kami tidak pernah bergaduh walaupun setelah 3 tahun setengah belajar di sini.. mungkin ini agaknya rakan karib selamanya.. amin insyallah berkekalan hingga akhir hayat.. akhir sekali, terima kasih mira dan ema sebab selalu ada ketika atin ada masalah, sedih dan gembira.. terima kasih banyak - banyak.. aku akan ceritakan kebaikkan kamu berdua ni kepada anak - anak aku akan datang supaya dapat dijadikan conntoh kepada mereka kelak..amin...πŸ’”πŸ’•πŸ’–πŸ’—πŸ’“
BBM3410: MINGGU 6 (TAJUK BEBAS)

maaf prof saya baru nak tulis blog untuk minggu ke 6 bagi tajuk bebas.. saya terlepas pandang..

Minggu ke 6 ini saya ingin menceritakan tentang saya balik ke kampung bertemu dengan kembar arwah mak saya..

 macam biasa setiap hari jumaat saya akan hilang.. hilang bukan pergi mana.. balik kampunglah sebab ayah saya tinggal seorang.. mak saya sudah 7 tahun meninggal..

selalu balik kampung macam biasalah riuh rendah rumah tu dengar suara saya.. tapi kali ni lain sebab saya sampai - smapi saja ada sebuah kereta honda civic berada di halaman rumah saya.. saya rasa ahli keluarga saya tiada pakai kereta tu..

hati mula risau ni.. siapa pula ni? jadi saya pun keluar kereta dan memberi salam.. alangkah terperanjatnya saya melihat seorang perempuan mirip arwah mak saya.. dengan mata dan bibirnya yang sama, style dia bertudung pun sama.. ALLAH..  dalam hati saya berkata" betul ke ni?" betul ke mak hidup balik.. saya terus salam dan peluk insan yang mirip macam mak saya itu.. yela siapa tak rindukan pelukan seorang emak setelah lama tak jumpa..

setelah beberapa minit ayah saya pun berkata, "dik, tu makcik roziah" sepupu arwah mak kau.. jauh dia datang dari penang.. sekali lagi hati rasa hiba.. ya allah.. aku ingatkan dia ibuku yang selama ini aku nanti - nantikan kepulangannya walaupun tu semua tak akan terjadi.. dan kami pun mula berbual..rupa - rupannya emak saya ada sepupu yang sama sekali mirip rupanya.. bolehlah saya melepaskan rindu sedikit..

itu sajalah saya nak cerita.. ni pun rasa macam nak nangis sebab asyik teringat je dekat arwah mak...
BBM3410: MINGGU 9 ( TAJUK BEBAS) BAJU HILANG

Saya tak tahulah kenapa minggu ni dugaan besar betul bagi saya.. pertama masalah dengan kawan bilik.. kali ni pula baju hilang.. baju tu saya baru saja basuh guna tangan dan nila sebab baju tu baju kemeja putih ada bunga - bunga kecil di depan.. air masih menitik lagi.. sebelum tidur saya basuh dan ampaikan diluar bilik..

tak lama lepastu saya masuk bilik dan siap - siap hendak mandi.. saya pun mandi dalam 20 minit macam itu.. saya pun jalan menuju ke bilik.. dan tengok.. eh kenapa baju saya di ampaian ni macam sikit saje.. saya tengok dekat - dekat.. yela maklumlah rabun.. saya cek satu - satu..

saya tengok sekali imbas macam semua ada sebab saya basuh baju putih kemaja ada 2 helai.. tapi saya tengok semula tinggal satu saje..allah.. berderau darah saya.. saya baru je beli baju tu.. berapa kali saja saya pakai dah hilang.. tak tahulah nak nangis ke nak marah.. sebelum ni pernah sekali baju saya hilang juga.. baju denim.. pun hilang di tempat yang sama.. saya syak ada pelajar yang bela toyol la di upm ni..

sejak dari kejadian tu semua pelajar yang lalu di didepan bilik saya semua saya pandang lain macam sebab sakit hati.. yela kita tiada bukti nak tuduh sesiapa sebab kita tak nampak.. jadi tu jela mampu saya buat.. rasa macam nak pergi cek bilik mereka satu - satu.. tapi tak boleh sebab itu dah menggangu hal peribadi orang lain.. jadi saya ambil keputusan untuk diam kan diri dan redha sajalah.. itu yang saya mampu buat sehingga sekarang..

semoga ALLAH kuatkan iman dan kesabaran saya.. amin...
BBM3410: MULTIMEDIA.. MINGGU 9 ( TAJUK: BEBAS)

Minggu ni ada dua tragedi berlaku.. tragedi pertama adalah saya bergaduh dengan roomate saya.. nak tahu kenapa? sebab dia ambil gambar saya masa saya tengah tidur.. saya tak tahulah apa masalah dia.. nak kata dia LGBT nampak macam baik.. cakap lembut tapi macmtu dia buat dekat saya.. selama ni saya okey je dengan dia.. tapi malam tu saya rasa lain macam.. lampu bilik dah tutup.. gelap.. lepastu dia masuk lepas balik dari bilik kawan dia.. lepastu saya pun buat - buat tidur sebab dengar dia bukak pintu.. jadi saya pun tidurlah mengereng ke arah dinding yang memisahkan bahagian saya dengan dua katil sebelah.. tak lama lepastu saya perasan ada cahaya lampu berkelip sebanyak dua kali ke arah saya.. saya biarkan lagi.. tak lama lepastu sekali lagi ada cahay.. saya terus bangun pandang ke arah dia.. dia macam terperanjat tengok saya bangun tengok dia, dia pulak tengak mengereng sambil pegang fon menghadap saya.

saya bangun saja, saya terus tanya dia.. kenapa awak ambik gambar saya? lepastu dia diam, dia senyum.. sakitnya hati saya.. rasa macam nak baling bantal dekat muka dia.. sebab kan dia junior saya je saya tunjuk perangai baik.. keesokkannya saya tengok muka dia saya rasa seram.. mula pada saat tu saya pakai baju dan siap - siap semua dalam tandas.. walaupun agak susah.. saya gagahkan jugak nak habis kan sem ni..

kadang - kadang saya rasa menyesal jugak buat baik dengan orang ni sangat pun tak boleh juga.. saya pernah bawak dia pergi shopping, teman dia tengok wayang semua.. belanja dia makan. tapi ni cara dia balas dekat saya.. saya tak tahu apa tujuan dia buat macamtu dekat saya..  mungkin sebab saya tegur kawan dia pakai gincu merah sangat kot..haha.. memang betul pun, merah sangat lipstik kawan dai pakai, saya risau orang terbabas je bila orang tak boleh bezakan lipstik dia dengan lampu isyarat..hahha...

jadi, buat pengajaran semua nak buat baik tu boleh.. tapi berpada - pada ya...

Saturday, November 17, 2018

BBM3410: VIDEO 2 TWO LAYER (minggu 9)

macam biasa tak sabar - sabar nak tunggu tugasan yang baru tiap minggu..
jadi minggu ni prof nak bagi tugasan yang agak mencabar jugak iaitu video two layer.. dengar macam senangkan.. tapi yang susahnya bila nak pilih lagu lepatu nak berlakon.. dah la berlakon tak berbayar.. fuhhh baru saya tahu kenapa artis bayar gaji mahal.. susah gila nak buat.. dengan banyak kali nak buat balik.. dengan cuaca lagi.. allahu.. 

jadi kami pun dah pilih lagu semua.. dan dah pilih tempat. jam 3 petang kami dah berada di bukit ekspo untuk memulakan pergambaran dan lakonan hebat kami.. hahah.. alaaaa nanti tengoklah.. jangan gelak.. siku kang😏


nah kami belanja sikit gambar masa kami buat video.. nak tengok video yang sepenuhnya jumpa hari isnin nanti ya...😜
BBM3410: TAJUK BEBAS.. FON HILANG 20 MINIT (minggu 8)

Ceritanya macam ni.. pada hari rabu jam 8 pagi saya pergi kelas Dr Jamaiyah sampai jam 9 pagi.. okeylah macam biasa dengar dr cakap di depan.. salin nota..dan main fon kejap - kejap.. dan selebihnya berburak dengan rakan sebelah..

sejam berlalu.. kelas pun tamat.. jadi saya pun cepat - cepatlah keluar dengan amira dan emalia.. sebab kami dah bercadang nak makan roti canai ranggup di sri serdang.. keluar je kelas dengan tergesa sebab nak kejar masa takut roti tu dah habis tanpa toleh ke belakang dan tengok tempat duduk tadi tu.. jadi saya pun balik ke kolej hantar kereta dan pergi ke kedai tersebut dengan menaiki kereta amira..

sesudah sampai tu, macam biasa kami order roti canai telur satu, roti canai kosong satu setiap orang menu yang sama. kami pun makan macam biasa dan borak - borak selama 15 minit jugak macamtu.. selepas tu saya cek fon dalam beg.. kenapa takda bunyi whatsapp group selalunya rancak.. saya cari dalam kereta takda jugak.. lepastu kami cepat - cepat makan terus ke kolej nak cari dalam kereta saya tetap tiada juga.. dengan pantasnya kami bergerak ke fakulti dan saya terus berlari ke dewan za'ba.. nasib baik tak tersadung.. dan alhamdulillah.. fon tu masih ada betul - betul atas kerusi dan selepas saya keluar dari bilik tu pelajar yang ada kelas pada jam seterusnya sedang beratur masuk.. saya percaya pada rezeki ALLAH.. jika ia milik kita tak kemana.. yang penting doa dan tawakal..
BBM3410: TAJUK BEBAS (CUTI - CUTI MALAYSIA) 7-8/11/2018 (minggu 8)

Walaupun cuti tak lama, tetap rasa berkobar - kobar nak pergi bercuti.. padahal kerja banyak lagi kena selesaikan.. okey kali ni saya pergi bercuti tak jauh pun.. di PORT DICKSON je.. tapi seronok.. dengan keluarga..okey..meh saya cerita sedikit apa aktiviti kami buat..

1. Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada jam 2 petang dari kuala pilah dan tiba disana jam 3.45 petang.. sampai je kami checkin hotal dulu.. yang kanak - kanak tukar baju dan kakak kanak - kanak lepak main fon jap..haha

2. lepas itu, jam 5.30 kami semua pergi ke pantai untuk buat aktiviti pantai.. ade bakar - bakar ikan, ayam, sotong, udang yang kami dah perap dari rumah.. yang masak ni tugas kamilah yang gegirl ni kan.. jadi yang bapak - bapak tu bawak anak - anak masing pergi mandi laut.. dalam hati nak naik banana boat tu tapi takot air dalam..jadi lupa kan lah..hahah..

3. dah senja, kami pun semua naik hotal..alaaaa..pantai dekat je.. belakang hotal kami tinggal tu je.. jadi senang la nak g mandi..

4. malam pula yang abang - abang kami pergi pancing ikan dengan cari ketam..jadi saya dan kakak dengan kakak ipar pergi jalan - jalan cari makanlah dekat sekitar pasar malam dan food truck tu.. best betul.. makanan sedap.. yang paling suka ayam panggang madu.. memang sedap.. tapi mahal juga separuh ayam tu dye jual RM10 ringgit.. keluarga besar tak cukup separuh, akhirnya beli 3 ekor..haaaa padan muka..sape suruh makan banyak..

5. sambil makan kami duduk tepi pantai ramai - ramai.. tengok orang tangkap ketam.. seronok.. dan saya pulak pergi sewa tilam angin rm5 ringgit sejam..haha syok ooo lepak sambil baring - baring.. angin sejuk je pulak tu.. haaa tu jelah nak cerita.. letih la taip panjang - panjang.. kalau korang nak tahu syok nya rasa bercuti tu, pergilah bercuti ye.. tak perlu jauh pon tak apa kalau duit tak berapa nak banyak..hihi


Thursday, November 15, 2018

BBM3410: MULTIMEDIA ( TUGASAN KELAS AMALI ) 15/11/2018

Assalammulaikum.. selamat malam prof.. maaf lambat hantar tugasan yang prof tugaskan..sebab saya dan rakan kumpulan siapkan video 2 layer yang prof berikan..

Maaf prof sebab saya perlu edit semula kalendar saya kerana saya tak selaraskan kesemua kalendar.. ada yang mengikut kalendar islam dan ada yang kalendar bahasa melayu...



FATIN NADIA BINTI BUSU 185342



Wednesday, November 14, 2018

BBM3410: MINGGU 8

Assalammualaikum.. minggu ni kelas ditangguhkan oleh kerana hari isnin itu adalah hari tersepit kerana hari selasa itu merupakan hari perayaan Deepavali.. tetapi prof memberikan kerja secara dalam talian sahaja sebagai ganti kuliah pada minggu ini.

Pada hari isnin tersebut prof telah memaklumkan bahawa prof akan bersiaran didalam rancangan televisyen al hijrah.. iaitu rancangan yang diberi nama "MARTABAT BAHASA MELAYU & KEHARMONIAN KAUM". rancangan ini bersiaran dalam beberapa minit sahaja, jadi kami sebagai pelajar ditugaskan untuk mengambil gambar "angle" yang cantik semasa prof bersiaran..

Jadi saya pun mula setkan jam pada waktu malam tu sebab nak bangun awal punya pasal, dan takut nanti terlepas pula waktu rancangan bual bicara tu..

bangun saje pukul 6 pagi... mandi, solat semua terus cepat - cepat pergi dapur tapi sambil tu dah on televisyen dah.. kejap - kejap lari ke dapur balik sebab masa tu tengah buat nasi goreng..kang takut jadi nasi hangus pula..haha

tunggu punya tunggu... ehhh..asal lambat sangat ni siaran rancangan prof ni..prof ni tipu kita ke.. ke dia suruh kita bangun awal masa cuti ni.. okey takpa.. tunggu lagi.. lepastu dah set dalam kepala.. ni kalau takda jugak pukul 9 pagi kejap lagi memang tutuplah tv ni..

sedang elok tengah pegang "remote control" tu, pengacara program tu si handsome tu.. alaahhh...lupa pulak nama dia.. ahhh nanti lah bagitahu.. nanti saye google.. lupa lah.. tapi yang penting senyum dia manislah.. kalah lah guna anau..haha lepastu dia pun mengumumkan ketibaan prof... haaa cantik.. time tu ayah saya dok perhati je.. asal anak den ni terbongkok - bongkok tengok tv ni.. mabuk ke..haha.. tak pernah baut perangai macamtu, selalu tu sopan je..hahha..

lepas dah terangkan tu prof saya masuk tv... ooooo baru la ayah fakus tengok tv.. kalau tak dia kejap - kejap je tengok..

dah snap tu semua... jadi tunggu apa lagi upload ke instagram pula... ingat ape? ingat nak simpan je ke..oohh tidak.. tapi yang penting prof comment gambar saya masukkan tu.. hihi rasa bangga la sikit sebab tak sia - sia bangun pagi - pagi masa cuti ni.. tapi bagus jugak prof suruh buat macamtu, rajin jugak saya masa tu siap kemas rumah, mop sekalilah lepas siap kerja prof.. rajin kan..haha







hahhhahhaπŸ˜†πŸ˜†




                                                                   COMEL KAN😍😍😍













Sunday, November 4, 2018

BBM3410: BEBAS

minggu ni minggu paling dinanti - nantikan..sebab apa? sebab nak cuti seminggu.. hari rabu tu dah mula dah paking barang macam taknak balik langsung UPM padahal balik kampung dekat je pun.. negeri sembilan je..haha.. tapi memang orang dah tahu dah kalau nama je anak jati negeri sembilan ni memang pantang ada cuti mesti hilang.. bukan pergi mana pun.. sibuk berpusu - pusu tunggu KTM nak balik kampung..haha. biarlah orang cakap aku asyik balik kampung je asalkan otak aku tak serabut.. mereka tu cemburu la tu tak dapat balik kampung sebab kampung jauh..hahah.. mereka tu berangin je tengok aku balik kampung 1 jam lebih dah sampai siap update story instgram je, merah lah mata masing - masing.. lantak ahhh...πŸ˜›πŸ˜πŸ˜

antara sebab aku suka balik kampung adalah yang pertamanya mestilah kita rindu dekat mak ayah kita kan.. dapat tengok dia senyum tu habis hilang semua masalah yang terbeban dalam otak ni.. yang kedua pulak dapat meronda kampung.. dapat tengok sawah padi, dapat pancing ikan, dapat pergi jalan - jalan dekat kampung dengan sepupu.. memang best la jawabnya.. tambah - tambah lagi kalau musim buah memang banyak dapat buah free.. kalau bauh durian tu jangan cakaplah.. asal lalu je ada orang panggil bagi durian..untung tau.. rahsianya jangan bawak moto laju - laju kalau nampak orang tengah kutip durian tu. buat - buat macam tengah berborak dengan sepupu atas motor tu.. nantiorang tu panggillah..ahahha... 

okey lah nanti saya cerita lagi ya.. nak sambung cuti ni. bye.....
BBM3410: Gambar untuk upload di instagram..

Minggu ni saya, mira, ema dan mida gigihkan diri ke ladang 16 untuk ambil gambar supaya nampak macam usaha dan peluang  kita untuk dapat A bagi subjek cerahlah kannnn...hahah

jadi kami pun pergilah ke ladang 16 ni.. mula - mula pagi rabu tapi hujan renyai - renyai.. lepastu tangguh lagi.. tengahari.. lama - lama kami pun semua tukar hari pada hari khamis petang.. punyalah jauh kami jalan kaki dari fakulti pertanian tu sebab takut nak letak kereta dekst tepi jalan tu tkot nanti tayar kena kunci pulak..haha takpa lah ramai - ramailah kita kutip petai belalang yang ada tepi jalan tu nak buat makan sambil jalan kaki tu..hahah 

sampai dekat situ kami masuk je dah nampak dah ade beberapa pelajar yang pakai baju konvo.. nak ambik gambar la tu.. tapi setakat duduk menempel tepi pagar tu buat apa.. cuba la buat - buat tunggang kuda ke.. baru la hempak..hahah pandai je cakap tapi goyang jugak kalau ride kuda..haha

tapi yang bestnya di ladang 16 ni saya dapat rasa susu fresh tau..sedap betul. murah pulak tu..rasa dia macam minum air susu tapi ada bau - bau pandan.. tak manis pun..tawar..hihi.. tapi best tambahan pula sejuk sebab letak dalam peti sejuk.. memang syok la jawabnya...





BBM3410: MINGGU 7 (video)

yeyyyy....dah takda ambil gambar lagi untuk assigment multimedia.. tapi kena buat video pulak..alooooooo..

prof kata kena buat video tu statik je kameranya, tapi kita je yang bergerak.. macam - macam lagu pilih tapi tetap tak jadi... maklumlah semuanya kayu.. sorang ke kanan.. sorang ke kiri..haha. macam step.. merapu.. sorang kejung.. haishhh entahlah..haha yelah kami ni selalu jugak tengok joget lambak dekat kenduri tu atau aplikasi tiktok tapi tak pulak kan praktikkan.haha

bila ingatkan balik kelakarlah..mula -  mula nak menari dengan batang penyodok sampah... tapi tak cukup..buang prop tu.. ambik pulak bulu ayam haaa baru okey sikit.. lepastu topeng pulang gatal - gatal kat muka sebab ada gliter..haha macam - macam hal.. tapi kami tetap bersatu padu buat sampai selesai... alhamdulillah..


BBM3410: MENZIARAHI NENEK

Minggu ni giliran saya balik ke kampung untuk menjaga ayah.. jadi bila dah balik kampung tu panjanglah langkah saya.. macam burung yang terlepas dari sangkar..haha.. pergi ronda kampung la, membawang la, pergi melawat oranglah.. tapi kali ni saya pergi melawat nenek saya yang uzur.. asyik telefon bila adik nak balik tengok wan..tu saja lah sifir dia ingat tiap kali saya telefon dia.. rindu sangatlah tu..hihi..tapi kali ni pergi tengok dia, saya tak bagitahu pun..nak buat kejutan sikit...tapi kejutan apanya, atuk dah nampak dulu bila nak bukak pintu pagar.. dia punya senyum lebar tu sampai ke telinga tengok cucu dia balik.. tunggu masa nak lompat je lagi tu..nasib saya tahan..haha

nenek saya ni masak sedap tau.. tambah - tambah lagi masak lomak cili api ikan sungai dalam daun pisang (lempeng) perhhhhh memang padu babe.. malam tu mulalah dia buat persiapan nak masak lauk kegemaran saya..hihi.. rasa la macam nenek dengan atuk sayang gila dekat kita..haha anak cucu kesayangan kot..

tengah syok layan makan tiba - tiba nenek cerita... "dik, ada orang tanyakan pasal kau" okey..dalam hati mula lah berkata.. dah mula dah ni.. nenek cakap macamni lah lebih kurang tapi dalam dialek negeri sembilan lah..haha bunyinya macamni.. "dik, ado tah ha orang kojo TNB tu datang rumah nenek botolkan wayar telepon.. dio tanyo kek nenek anak cucu wan yang belajar tu tak balik ko.. esey berkonanlah kek dio wan.. esey selalu nampak dio..goma la esey mo dio wan tapi dio tak pandang esey..sobab esey tak ensem kot hahah memang tak ensem pun... lepastu saya pun cakap dengan nenek kalau wan nak cucu wan ni kawin dengan dia, okey jugak.. nanti tak payah susah - susah nak bayar bulan - bulan..haha boleh pasang penghawa dingin.. sojuk yo haha.. lepastu saya makan saya duduk luar main fon..malas la nak fikirkan pasal kawin ni.. FYP tak siap - siap. nak kawin cano.. kalau dia boleh buatkan FYP ni pun boleh gak..hihi





Terserlah kecerian dimuka nenek saya yang comel ni...

BBM3410: TUGASAN UNTUK MENYIAPKAN FYP 

Minggu ni kami semua agak sibuk bagi menyiapkan FYP.. nampak je kami ni macam normal boleh makan, jalan, berdiri, pergi kelas.. tapi dalam otak ni dah macam tanduk rusa.. bercabang - cabang.. dah tak tahu mana satu nak buat..hahah kelakar jugak bila difikirkan.. sorang kesana, sorang kang jumpa dekat sini tengah cari bahan.. kami ni ibarat macam semut tengah cari makanan.. melilau tak tentu pasal..haha

 jadi saya pula mula jugak bernyibukkan diri ke sekolah rendah kebangsaan talang sebab tajuk saya tentang tahap penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua bagi murid orang asli..jadi saya pun pergilah berkampung di sekolah tersebut untuk mendapatkan input - input yang penting.. banyangkanlah saya berulang alik dari serdang ke negeri sembilan selama 3 hari berturut.. allahu... sakit jugak.. dengan kosnya lagi..rasa menyesal jugak ada buat tajuk ni dan menyesal jugak tak cari bahan dari awal.. hmmm..sedih... 

prof nak tengok tak gambar saya dengan murid orang asli tu? mereka dah maju tau tak macam apa yang kita fikirkan.. dah tak macam orang asli dulu - dulu..dah kacak - kacak dan manis - manis belaka rupanya.. 




BERSAMA MURID ORANG ASLI





MURID ASLI DARJAH 6 






BBM3410: SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum.. maaf Prof saya lambat nak update blog ni.. saya tak tahu bahawa blog ni kena tulis setiap minggu.. hihi.. maaf sekali lagi ye Prof..

okey.. pada minggu ini bertarikh 15 oktober 2018 prof memberi tugasan...
Prof kata ni last tugasan untuk gambar dan seterusnya kena buat video.. jadi kami pun satu kumpulan mulalah urut dada.. yeyyyy lepasni tak lagi masuk dalam semak..haha

kelas macam biasa.. prof masuk.. prof bagi muqadimah dengan lawak - lawak paling kelakor... dan mula dengan memberi tugasan iaitu prof nak ambik gambar berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih setiap kumpulan..

jadi kami dah siap sedia on fon dan mintak tolong siapa? ehh mestilah encik google..hihi
so dah dapat simpulan bahasa dan senaraikan..lepastu wakil setiap kumpulan beratur dan taip dekat komputer pilihan simpulan bahasa yang kami pilih...dan akhirnya dapat juga pilih 10 simpulan bahasa...

jadi kami pun mulakan operasi mengambil gambar di sekitak FBMK dan padang Golf Upm..
dan inilah hasilnya..tadaaaaaa..... ce teka apakah simpulan bahasa yang sesuai?hihi



BBM3410/18: Kalendar Penyerahan tugasan akhir iaitu kalendar.. rasa sedih juga lepas ini dah tak jumpa lagi dengan prof.. Dah tak boleh g...