Wednesday, November 14, 2018

BBM3410: MINGGU 8

Assalammualaikum.. minggu ni kelas ditangguhkan oleh kerana hari isnin itu adalah hari tersepit kerana hari selasa itu merupakan hari perayaan Deepavali.. tetapi prof memberikan kerja secara dalam talian sahaja sebagai ganti kuliah pada minggu ini.

Pada hari isnin tersebut prof telah memaklumkan bahawa prof akan bersiaran didalam rancangan televisyen al hijrah.. iaitu rancangan yang diberi nama "MARTABAT BAHASA MELAYU & KEHARMONIAN KAUM". rancangan ini bersiaran dalam beberapa minit sahaja, jadi kami sebagai pelajar ditugaskan untuk mengambil gambar "angle" yang cantik semasa prof bersiaran..

Jadi saya pun mula setkan jam pada waktu malam tu sebab nak bangun awal punya pasal, dan takut nanti terlepas pula waktu rancangan bual bicara tu..

bangun saje pukul 6 pagi... mandi, solat semua terus cepat - cepat pergi dapur tapi sambil tu dah on televisyen dah.. kejap - kejap lari ke dapur balik sebab masa tu tengah buat nasi goreng..kang takut jadi nasi hangus pula..haha

tunggu punya tunggu... ehhh..asal lambat sangat ni siaran rancangan prof ni..prof ni tipu kita ke.. ke dia suruh kita bangun awal masa cuti ni.. okey takpa.. tunggu lagi.. lepastu dah set dalam kepala.. ni kalau takda jugak pukul 9 pagi kejap lagi memang tutuplah tv ni..

sedang elok tengah pegang "remote control" tu, pengacara program tu si handsome tu.. alaahhh...lupa pulak nama dia.. ahhh nanti lah bagitahu.. nanti saye google.. lupa lah.. tapi yang penting senyum dia manislah.. kalah lah guna anau..haha lepastu dia pun mengumumkan ketibaan prof... haaa cantik.. time tu ayah saya dok perhati je.. asal anak den ni terbongkok - bongkok tengok tv ni.. mabuk ke..haha.. tak pernah baut perangai macamtu, selalu tu sopan je..hahha..

lepas dah terangkan tu prof saya masuk tv... ooooo baru la ayah fakus tengok tv.. kalau tak dia kejap - kejap je tengok..

dah snap tu semua... jadi tunggu apa lagi upload ke instagram pula... ingat ape? ingat nak simpan je ke..oohh tidak.. tapi yang penting prof comment gambar saya masukkan tu.. hihi rasa bangga la sikit sebab tak sia - sia bangun pagi - pagi masa cuti ni.. tapi bagus jugak prof suruh buat macamtu, rajin jugak saya masa tu siap kemas rumah, mop sekalilah lepas siap kerja prof.. rajin kan..haha







hahhhahhaπŸ˜†πŸ˜†




                                                                   COMEL KAN😍😍😍













No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Kalendar Penyerahan tugasan akhir iaitu kalendar.. rasa sedih juga lepas ini dah tak jumpa lagi dengan prof.. Dah tak boleh g...