Saturday, November 17, 2018

BBM3410: TAJUK BEBAS (CUTI - CUTI MALAYSIA) 7-8/11/2018 (minggu 8)

Walaupun cuti tak lama, tetap rasa berkobar - kobar nak pergi bercuti.. padahal kerja banyak lagi kena selesaikan.. okey kali ni saya pergi bercuti tak jauh pun.. di PORT DICKSON je.. tapi seronok.. dengan keluarga..okey..meh saya cerita sedikit apa aktiviti kami buat..

1. Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada jam 2 petang dari kuala pilah dan tiba disana jam 3.45 petang.. sampai je kami checkin hotal dulu.. yang kanak - kanak tukar baju dan kakak kanak - kanak lepak main fon jap..haha

2. lepas itu, jam 5.30 kami semua pergi ke pantai untuk buat aktiviti pantai.. ade bakar - bakar ikan, ayam, sotong, udang yang kami dah perap dari rumah.. yang masak ni tugas kamilah yang gegirl ni kan.. jadi yang bapak - bapak tu bawak anak - anak masing pergi mandi laut.. dalam hati nak naik banana boat tu tapi takot air dalam..jadi lupa kan lah..hahah..

3. dah senja, kami pun semua naik hotal..alaaaa..pantai dekat je.. belakang hotal kami tinggal tu je.. jadi senang la nak g mandi..

4. malam pula yang abang - abang kami pergi pancing ikan dengan cari ketam..jadi saya dan kakak dengan kakak ipar pergi jalan - jalan cari makanlah dekat sekitar pasar malam dan food truck tu.. best betul.. makanan sedap.. yang paling suka ayam panggang madu.. memang sedap.. tapi mahal juga separuh ayam tu dye jual RM10 ringgit.. keluarga besar tak cukup separuh, akhirnya beli 3 ekor..haaaa padan muka..sape suruh makan banyak..

5. sambil makan kami duduk tepi pantai ramai - ramai.. tengok orang tangkap ketam.. seronok.. dan saya pulak pergi sewa tilam angin rm5 ringgit sejam..haha syok ooo lepak sambil baring - baring.. angin sejuk je pulak tu.. haaa tu jelah nak cerita.. letih la taip panjang - panjang.. kalau korang nak tahu syok nya rasa bercuti tu, pergilah bercuti ye.. tak perlu jauh pon tak apa kalau duit tak berapa nak banyak..hihi


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Kalendar Penyerahan tugasan akhir iaitu kalendar.. rasa sedih juga lepas ini dah tak jumpa lagi dengan prof.. Dah tak boleh g...