Sunday, November 4, 2018

BBM3410: Gambar untuk upload di instagram..

Minggu ni saya, mira, ema dan mida gigihkan diri ke ladang 16 untuk ambil gambar supaya nampak macam usaha dan peluang  kita untuk dapat A bagi subjek cerahlah kannnn...hahah

jadi kami pun pergilah ke ladang 16 ni.. mula - mula pagi rabu tapi hujan renyai - renyai.. lepastu tangguh lagi.. tengahari.. lama - lama kami pun semua tukar hari pada hari khamis petang.. punyalah jauh kami jalan kaki dari fakulti pertanian tu sebab takut nak letak kereta dekst tepi jalan tu tkot nanti tayar kena kunci pulak..haha takpa lah ramai - ramailah kita kutip petai belalang yang ada tepi jalan tu nak buat makan sambil jalan kaki tu..hahah 

sampai dekat situ kami masuk je dah nampak dah ade beberapa pelajar yang pakai baju konvo.. nak ambik gambar la tu.. tapi setakat duduk menempel tepi pagar tu buat apa.. cuba la buat - buat tunggang kuda ke.. baru la hempak..hahah pandai je cakap tapi goyang jugak kalau ride kuda..haha

tapi yang bestnya di ladang 16 ni saya dapat rasa susu fresh tau..sedap betul. murah pulak tu..rasa dia macam minum air susu tapi ada bau - bau pandan.. tak manis pun..tawar..hihi.. tapi best tambahan pula sejuk sebab letak dalam peti sejuk.. memang syok la jawabnya...





No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Kalendar Penyerahan tugasan akhir iaitu kalendar.. rasa sedih juga lepas ini dah tak jumpa lagi dengan prof.. Dah tak boleh g...