Saturday, November 17, 2018

BBM3410: TAJUK BEBAS.. FON HILANG 20 MINIT (minggu 8)

Ceritanya macam ni.. pada hari rabu jam 8 pagi saya pergi kelas Dr Jamaiyah sampai jam 9 pagi.. okeylah macam biasa dengar dr cakap di depan.. salin nota..dan main fon kejap - kejap.. dan selebihnya berburak dengan rakan sebelah..

sejam berlalu.. kelas pun tamat.. jadi saya pun cepat - cepatlah keluar dengan amira dan emalia.. sebab kami dah bercadang nak makan roti canai ranggup di sri serdang.. keluar je kelas dengan tergesa sebab nak kejar masa takut roti tu dah habis tanpa toleh ke belakang dan tengok tempat duduk tadi tu.. jadi saya pun balik ke kolej hantar kereta dan pergi ke kedai tersebut dengan menaiki kereta amira..

sesudah sampai tu, macam biasa kami order roti canai telur satu, roti canai kosong satu setiap orang menu yang sama. kami pun makan macam biasa dan borak - borak selama 15 minit jugak macamtu.. selepas tu saya cek fon dalam beg.. kenapa takda bunyi whatsapp group selalunya rancak.. saya cari dalam kereta takda jugak.. lepastu kami cepat - cepat makan terus ke kolej nak cari dalam kereta saya tetap tiada juga.. dengan pantasnya kami bergerak ke fakulti dan saya terus berlari ke dewan za'ba.. nasib baik tak tersadung.. dan alhamdulillah.. fon tu masih ada betul - betul atas kerusi dan selepas saya keluar dari bilik tu pelajar yang ada kelas pada jam seterusnya sedang beratur masuk.. saya percaya pada rezeki ALLAH.. jika ia milik kita tak kemana.. yang penting doa dan tawakal..

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Kalendar Penyerahan tugasan akhir iaitu kalendar.. rasa sedih juga lepas ini dah tak jumpa lagi dengan prof.. Dah tak boleh g...