Tuesday, September 25, 2018

Okey... ni lah saya tu. Apa yang prof ajar Asas Grafik😘😘


okey lah hari ni saya nak cerita sikit tentang subjek Multimedia yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd Rahim.

mula - mula daftar sem lepas saya rasa aduh macam manalah prof ni nanti.. sebab tak pernah pun jumpa dan belajar dengan prof ni. nampak dari jauh macam garang je. kalau jumpa selisih tu ketaq jugak la lutut.. Tak lena la tidur memikirkan. hihi

lepastu masuk sudah sem baru.. haaaaa. dup dap dup dap jantung.. masuk kelas prof.. prof tak senyum. okey dah set dalam kepala. mesti garang ni. jangan main dalam kelas. fon dah mood senyap siap - siap dah..

tapi bila prof cakap je, dengar suara..hmmmmm...okey.. boleh bawak bincang kot prof ni. mudah - mudahan macamtulah..haha. 

masuk topik tentang subjek prof.. prof bagitahu macam mana sebenanrnya cara pelajaran subjek ni. okey, dan mula suka dah sebab melibatkan ambil gambar. sebab saya suka selfie.hihi
prof pun bagitahu apa kena buat, buat group, tapi yang penting kerja yang prof suruh buat tu takda terlalu rumit..masih boleh buat lagi dan tak memerlukan untuk berfikir banyak sangat macam subjek lain. dan yang penting tiada kerja kursus..yeyyyyy..πŸ˜‚

Tak kesahlah siapa yang ajarkan, yang penting prof memg best.. lawak.. dan saya dah mula belajar menilai gambar - gambar yang ada di internet macam mana prof ajar iaitu Asas Grafik..

ehh..Asas Grafik?? apa tu?? tak boleh bagitahu dulu...haha okey mula - mula ni prof suruh bawak barang - barang je dulu untuk bawak minggu hadapan.. jadi kami pun usaha satu kumpulan cari barang - barang.. dan saya? saya juga telah pergi mencari majalah lama di pasar sri serdang..tapi malangnya tak jumpa. dan bila bertanya pada seorang lelaki yang ada di kedai kertas di situ, dia boleh cakap "kak, majalah lama takda jual dekat sini..selalu majalah lama ni ada dekat orang yang jual besi buruk" dengan muka yang hampa saya pon cakap okeylah saya cuba cari orang besi buruk dekat sini ye dikπŸ˜πŸ˜†πŸ˜† cari punya cari orang yang jual besi buruk, saya pun dengan tidak sengaja sampai ke pusat beli belah The MINES.. maka terjumpalah majalah tersebut di kedai buku itu..haha maka orang jual besi buruk itu pun tidak kelihatan langsung... πŸ˜‚


Assalammualaikum. salam sejahtera semuanya terutamanya Prof. Madya Dr. Normaliza bt Abd Rahim...

Hai Prof..❤

Hari ini Prof suruh saya perkenalkan diri. saya rasa terharu sangat sebab Prof teringin nak berkenalan dengan saya..hi hi✌

Nama saya Fatin Nadia binti Busu.. berumur 24 tahun dan berasal dari negeri sembilan...
saya merupakan pelajar bahasa dan linguistik melayu di Universiti Putra MalaysiaπŸ’•

Saya sebenarnya baru saja belajar buat blog ni.. tapi bila Prof kata kena buat blog saya cuba sebaik mungkin.. mesti prof bosankan baca blog saya ni. haha

Tak mengapalah prof, biarlah saya ni buta IT asalkan saya dapat tengok prof senyum pon jadilah..hi hi

Ok lah nanti kita jumpa lagi ye. saya nak buat post seterusnya pulak..bye2😁


BBM3410/18: Kalendar Penyerahan tugasan akhir iaitu kalendar.. rasa sedih juga lepas ini dah tak jumpa lagi dengan prof.. Dah tak boleh g...