Sunday, November 18, 2018

BBM 3410: TAJUK BEBAS (ERTI KAWAN SEBENAR)

Saya ada rakan karib iaitu Amira Abriza dengan Nuremalia Fouad namanya.. mereka berdua ni sangat baik.. mereka ada tiap kali saya susah mahupun senang..

dulu masa mula - mula saya sudah daftar masuk ke upm ini saya hampir rasa putus asa sehingga ada terdetik untuk berhenti belajar kerana memikirkan ayah saya bersendirian di kampung.. tetapi kerana nasihat dan sokongan moral yang diberikan oleh mereka berdua saya terus kuat dan tabah sehingga sekarang..

dan sebab itu juga saya memang tidak terkira untuk memebrika apa - apa pertolongan kepada mereka berdua walaupun saya ada kerja lain yang hendak diuruskan tapi saya utamakan untuk membantu mereka.. mereka berdualah yang selalu tumpangkan saya naik kereta mereka untuk ke kelas jika kereta saya tiada, dan mereka juga yang jemput saya di KTM jika saya baru pulang dari kampung.. tapi tiap kali jika saya balik dari kampung dan hendak pulang ke upm semula saya mesti akan bekalkan lauk masakkan negeri sembilan untuk mereka berdua kerana itu lauk kegemaran mereka berdua.. dan bila cuti pula saya ajak mereka balik ke rumah saya untuk menikmati suasana kampung.. ya... maklum sajalah mereka ini orang bandar dan saya pula orang kampung, jadi suasananya agak berbeza.. tetapi saya betul - betul kagum dengan ibu bapa mereka yang mengajar erti persahabatan yang baik.. kami tidak pernah bergaduh walaupun setelah 3 tahun setengah belajar di sini.. mungkin ini agaknya rakan karib selamanya.. amin insyallah berkekalan hingga akhir hayat.. akhir sekali, terima kasih mira dan ema sebab selalu ada ketika atin ada masalah, sedih dan gembira.. terima kasih banyak - banyak.. aku akan ceritakan kebaikkan kamu berdua ni kepada anak - anak aku akan datang supaya dapat dijadikan conntoh kepada mereka kelak..amin...πŸ’”πŸ’•πŸ’–πŸ’—πŸ’“
BBM3410: MINGGU 6 (TAJUK BEBAS)

maaf prof saya baru nak tulis blog untuk minggu ke 6 bagi tajuk bebas.. saya terlepas pandang..

Minggu ke 6 ini saya ingin menceritakan tentang saya balik ke kampung bertemu dengan kembar arwah mak saya..

 macam biasa setiap hari jumaat saya akan hilang.. hilang bukan pergi mana.. balik kampunglah sebab ayah saya tinggal seorang.. mak saya sudah 7 tahun meninggal..

selalu balik kampung macam biasalah riuh rendah rumah tu dengar suara saya.. tapi kali ni lain sebab saya sampai - smapi saja ada sebuah kereta honda civic berada di halaman rumah saya.. saya rasa ahli keluarga saya tiada pakai kereta tu..

hati mula risau ni.. siapa pula ni? jadi saya pun keluar kereta dan memberi salam.. alangkah terperanjatnya saya melihat seorang perempuan mirip arwah mak saya.. dengan mata dan bibirnya yang sama, style dia bertudung pun sama.. ALLAH..  dalam hati saya berkata" betul ke ni?" betul ke mak hidup balik.. saya terus salam dan peluk insan yang mirip macam mak saya itu.. yela siapa tak rindukan pelukan seorang emak setelah lama tak jumpa..

setelah beberapa minit ayah saya pun berkata, "dik, tu makcik roziah" sepupu arwah mak kau.. jauh dia datang dari penang.. sekali lagi hati rasa hiba.. ya allah.. aku ingatkan dia ibuku yang selama ini aku nanti - nantikan kepulangannya walaupun tu semua tak akan terjadi.. dan kami pun mula berbual..rupa - rupannya emak saya ada sepupu yang sama sekali mirip rupanya.. bolehlah saya melepaskan rindu sedikit..

itu sajalah saya nak cerita.. ni pun rasa macam nak nangis sebab asyik teringat je dekat arwah mak...
BBM3410: MINGGU 9 ( TAJUK BEBAS) BAJU HILANG

Saya tak tahulah kenapa minggu ni dugaan besar betul bagi saya.. pertama masalah dengan kawan bilik.. kali ni pula baju hilang.. baju tu saya baru saja basuh guna tangan dan nila sebab baju tu baju kemeja putih ada bunga - bunga kecil di depan.. air masih menitik lagi.. sebelum tidur saya basuh dan ampaikan diluar bilik..

tak lama lepastu saya masuk bilik dan siap - siap hendak mandi.. saya pun mandi dalam 20 minit macam itu.. saya pun jalan menuju ke bilik.. dan tengok.. eh kenapa baju saya di ampaian ni macam sikit saje.. saya tengok dekat - dekat.. yela maklumlah rabun.. saya cek satu - satu..

saya tengok sekali imbas macam semua ada sebab saya basuh baju putih kemaja ada 2 helai.. tapi saya tengok semula tinggal satu saje..allah.. berderau darah saya.. saya baru je beli baju tu.. berapa kali saja saya pakai dah hilang.. tak tahulah nak nangis ke nak marah.. sebelum ni pernah sekali baju saya hilang juga.. baju denim.. pun hilang di tempat yang sama.. saya syak ada pelajar yang bela toyol la di upm ni..

sejak dari kejadian tu semua pelajar yang lalu di didepan bilik saya semua saya pandang lain macam sebab sakit hati.. yela kita tiada bukti nak tuduh sesiapa sebab kita tak nampak.. jadi tu jela mampu saya buat.. rasa macam nak pergi cek bilik mereka satu - satu.. tapi tak boleh sebab itu dah menggangu hal peribadi orang lain.. jadi saya ambil keputusan untuk diam kan diri dan redha sajalah.. itu yang saya mampu buat sehingga sekarang..

semoga ALLAH kuatkan iman dan kesabaran saya.. amin...
BBM3410: MULTIMEDIA.. MINGGU 9 ( TAJUK: BEBAS)

Minggu ni ada dua tragedi berlaku.. tragedi pertama adalah saya bergaduh dengan roomate saya.. nak tahu kenapa? sebab dia ambil gambar saya masa saya tengah tidur.. saya tak tahulah apa masalah dia.. nak kata dia LGBT nampak macam baik.. cakap lembut tapi macmtu dia buat dekat saya.. selama ni saya okey je dengan dia.. tapi malam tu saya rasa lain macam.. lampu bilik dah tutup.. gelap.. lepastu dia masuk lepas balik dari bilik kawan dia.. lepastu saya pun buat - buat tidur sebab dengar dia bukak pintu.. jadi saya pun tidurlah mengereng ke arah dinding yang memisahkan bahagian saya dengan dua katil sebelah.. tak lama lepastu saya perasan ada cahaya lampu berkelip sebanyak dua kali ke arah saya.. saya biarkan lagi.. tak lama lepastu sekali lagi ada cahay.. saya terus bangun pandang ke arah dia.. dia macam terperanjat tengok saya bangun tengok dia, dia pulak tengak mengereng sambil pegang fon menghadap saya.

saya bangun saja, saya terus tanya dia.. kenapa awak ambik gambar saya? lepastu dia diam, dia senyum.. sakitnya hati saya.. rasa macam nak baling bantal dekat muka dia.. sebab kan dia junior saya je saya tunjuk perangai baik.. keesokkannya saya tengok muka dia saya rasa seram.. mula pada saat tu saya pakai baju dan siap - siap semua dalam tandas.. walaupun agak susah.. saya gagahkan jugak nak habis kan sem ni..

kadang - kadang saya rasa menyesal jugak buat baik dengan orang ni sangat pun tak boleh juga.. saya pernah bawak dia pergi shopping, teman dia tengok wayang semua.. belanja dia makan. tapi ni cara dia balas dekat saya.. saya tak tahu apa tujuan dia buat macamtu dekat saya..  mungkin sebab saya tegur kawan dia pakai gincu merah sangat kot..haha.. memang betul pun, merah sangat lipstik kawan dai pakai, saya risau orang terbabas je bila orang tak boleh bezakan lipstik dia dengan lampu isyarat..hahha...

jadi, buat pengajaran semua nak buat baik tu boleh.. tapi berpada - pada ya...

Saturday, November 17, 2018

BBM3410: VIDEO 2 TWO LAYER (minggu 9)

macam biasa tak sabar - sabar nak tunggu tugasan yang baru tiap minggu..
jadi minggu ni prof nak bagi tugasan yang agak mencabar jugak iaitu video two layer.. dengar macam senangkan.. tapi yang susahnya bila nak pilih lagu lepatu nak berlakon.. dah la berlakon tak berbayar.. fuhhh baru saya tahu kenapa artis bayar gaji mahal.. susah gila nak buat.. dengan banyak kali nak buat balik.. dengan cuaca lagi.. allahu.. 

jadi kami pun dah pilih lagu semua.. dan dah pilih tempat. jam 3 petang kami dah berada di bukit ekspo untuk memulakan pergambaran dan lakonan hebat kami.. hahah.. alaaaa nanti tengoklah.. jangan gelak.. siku kang😏


nah kami belanja sikit gambar masa kami buat video.. nak tengok video yang sepenuhnya jumpa hari isnin nanti ya...😜
BBM3410: TAJUK BEBAS.. FON HILANG 20 MINIT (minggu 8)

Ceritanya macam ni.. pada hari rabu jam 8 pagi saya pergi kelas Dr Jamaiyah sampai jam 9 pagi.. okeylah macam biasa dengar dr cakap di depan.. salin nota..dan main fon kejap - kejap.. dan selebihnya berburak dengan rakan sebelah..

sejam berlalu.. kelas pun tamat.. jadi saya pun cepat - cepatlah keluar dengan amira dan emalia.. sebab kami dah bercadang nak makan roti canai ranggup di sri serdang.. keluar je kelas dengan tergesa sebab nak kejar masa takut roti tu dah habis tanpa toleh ke belakang dan tengok tempat duduk tadi tu.. jadi saya pun balik ke kolej hantar kereta dan pergi ke kedai tersebut dengan menaiki kereta amira..

sesudah sampai tu, macam biasa kami order roti canai telur satu, roti canai kosong satu setiap orang menu yang sama. kami pun makan macam biasa dan borak - borak selama 15 minit jugak macamtu.. selepas tu saya cek fon dalam beg.. kenapa takda bunyi whatsapp group selalunya rancak.. saya cari dalam kereta takda jugak.. lepastu kami cepat - cepat makan terus ke kolej nak cari dalam kereta saya tetap tiada juga.. dengan pantasnya kami bergerak ke fakulti dan saya terus berlari ke dewan za'ba.. nasib baik tak tersadung.. dan alhamdulillah.. fon tu masih ada betul - betul atas kerusi dan selepas saya keluar dari bilik tu pelajar yang ada kelas pada jam seterusnya sedang beratur masuk.. saya percaya pada rezeki ALLAH.. jika ia milik kita tak kemana.. yang penting doa dan tawakal..
BBM3410: TAJUK BEBAS (CUTI - CUTI MALAYSIA) 7-8/11/2018 (minggu 8)

Walaupun cuti tak lama, tetap rasa berkobar - kobar nak pergi bercuti.. padahal kerja banyak lagi kena selesaikan.. okey kali ni saya pergi bercuti tak jauh pun.. di PORT DICKSON je.. tapi seronok.. dengan keluarga..okey..meh saya cerita sedikit apa aktiviti kami buat..

1. Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada jam 2 petang dari kuala pilah dan tiba disana jam 3.45 petang.. sampai je kami checkin hotal dulu.. yang kanak - kanak tukar baju dan kakak kanak - kanak lepak main fon jap..haha

2. lepas itu, jam 5.30 kami semua pergi ke pantai untuk buat aktiviti pantai.. ade bakar - bakar ikan, ayam, sotong, udang yang kami dah perap dari rumah.. yang masak ni tugas kamilah yang gegirl ni kan.. jadi yang bapak - bapak tu bawak anak - anak masing pergi mandi laut.. dalam hati nak naik banana boat tu tapi takot air dalam..jadi lupa kan lah..hahah..

3. dah senja, kami pun semua naik hotal..alaaaa..pantai dekat je.. belakang hotal kami tinggal tu je.. jadi senang la nak g mandi..

4. malam pula yang abang - abang kami pergi pancing ikan dengan cari ketam..jadi saya dan kakak dengan kakak ipar pergi jalan - jalan cari makanlah dekat sekitar pasar malam dan food truck tu.. best betul.. makanan sedap.. yang paling suka ayam panggang madu.. memang sedap.. tapi mahal juga separuh ayam tu dye jual RM10 ringgit.. keluarga besar tak cukup separuh, akhirnya beli 3 ekor..haaaa padan muka..sape suruh makan banyak..

5. sambil makan kami duduk tepi pantai ramai - ramai.. tengok orang tangkap ketam.. seronok.. dan saya pulak pergi sewa tilam angin rm5 ringgit sejam..haha syok ooo lepak sambil baring - baring.. angin sejuk je pulak tu.. haaa tu jelah nak cerita.. letih la taip panjang - panjang.. kalau korang nak tahu syok nya rasa bercuti tu, pergilah bercuti ye.. tak perlu jauh pon tak apa kalau duit tak berapa nak banyak..hihi


BBM3410/18: Kalendar Penyerahan tugasan akhir iaitu kalendar.. rasa sedih juga lepas ini dah tak jumpa lagi dengan prof.. Dah tak boleh g...