BBM 3410: TAJUK BEBAS (ERTI KAWAN SEBENAR)
Saya ada rakan karib iaitu Amira Abriza dengan Nuremalia Fouad namanya.. mereka berdua ni sangat baik.. mereka ada tiap kali saya susah mahupun senang..
dulu masa mula - mula saya sudah daftar masuk ke upm ini saya hampir rasa putus asa sehingga ada terdetik untuk berhenti belajar kerana memikirkan ayah saya bersendirian di kampung.. tetapi kerana nasihat dan sokongan moral yang diberikan oleh mereka berdua saya terus kuat dan tabah sehingga sekarang..
dan sebab itu juga saya memang tidak terkira untuk memebrika apa - apa pertolongan kepada mereka berdua walaupun saya ada kerja lain yang hendak diuruskan tapi saya utamakan untuk membantu mereka.. mereka berdualah yang selalu tumpangkan saya naik kereta mereka untuk ke kelas jika kereta saya tiada, dan mereka juga yang jemput saya di KTM jika saya baru pulang dari kampung.. tapi tiap kali jika saya balik dari kampung dan hendak pulang ke upm semula saya mesti akan bekalkan lauk masakkan negeri sembilan untuk mereka berdua kerana itu lauk kegemaran mereka berdua.. dan bila cuti pula saya ajak mereka balik ke rumah saya untuk menikmati suasana kampung.. ya... maklum sajalah mereka ini orang bandar dan saya pula orang kampung, jadi suasananya agak berbeza.. tetapi saya betul - betul kagum dengan ibu bapa mereka yang mengajar erti persahabatan yang baik.. kami tidak pernah bergaduh walaupun setelah 3 tahun setengah belajar di sini.. mungkin ini agaknya rakan karib selamanya.. amin insyallah berkekalan hingga akhir hayat.. akhir sekali, terima kasih mira dan ema sebab selalu ada ketika atin ada masalah, sedih dan gembira.. terima kasih banyak - banyak.. aku akan ceritakan kebaikkan kamu berdua ni kepada anak - anak aku akan datang supaya dapat dijadikan conntoh kepada mereka kelak..amin...๐๐๐๐๐